Buka baju sambil tayang ‘aset’, wanita ambil vaksin dikecam netizen



Meskipun teruja bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, namun penerima haruslah mengikut etika pemakaian yang ditetapkan sekali gus memudahkan petugas perubatan dalam menjayakan proses vaksinasi.

Bagaimanapun, seorang wanita mengundang perhatian netizen apabila berpakaian mencolok mata ketika mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menerusi sebuah video tular, baru-baru ini.

Seorang pengguna laman Twitter, @JamalThaRebel berkongsi paparan skrin video daripada InstaStory milik wanita berkenaan sehingga diulang kicau ratusan kali selain menerima pelbagai reaksi netizen.



“Ambil vaksin. Gementar!”




Paparan skrin berdurasi hampir seminit itu memaparkan wanita terbabit terpaksa membuka baju sehingga menampakkan sebahagian pakaian dalamnya sambil menenangkan diri sendiri sebelum disuntik vaksin.

“OMG nervous. Sikit (sekejap) je kan? Tak nak (tengok jarum)… Tak sakit tak sakit tak sakit (tenangkan diri).. dah ke? Aduh sakit juga ni,” kata wanita itu sepanjang proses vaksinasi.

Rata-rata warganet mengecam wanita tersebut yang disifatkan tidak peka dengan cara pemakaian di tempat awam yang bergaya seolah-olah seperti mahu berhibur di kelab malam.



Nak pergi vaksin ke kelab?



Kalau lelaki, mesti kata ‘gangguan’




Tak takut ke dengan azab Allah?



Geli tengok, tak reti beza cara pemakaian




Popular pun sebab suka ‘belanja’?



Tak pasal-pasal ‘mengganggu’ penglihatan petugas! Sepatutnya dikawal di pintu hadapan, suruh pulang tukar pakaian dulu.. tak pun minta orang lain bawakan pakaian sopan sikit, kan?

 

Join our Telegram Channel
Telegram