JAKARTA – Gara-gara cinta tidak dibalas oleh seorang janda, seorang lelaki bertindak mencuri seluar dalam wanita itu dan menulis perkataan-perkataan tidak senonoh, lapor laman berita Suara.com, kelmarin.
Kejadian di Kampung Kubangjaya dalam wilayah Jawa Barat itu berlaku pada Jumaat lalu. Lelaki tersebut dikatakan patah hati kerana cintanya bertepuk sebelah tangan.
Menurut seorang pemimpin setempat bernama Sukandar, lelaki itu mencuri seluar dalam wanita berkenaan yang sedang dijemur di hadapan rumah mangsa .
“Dia mungkin berasa sedih kerana wanita itu tidak menyukainya, lantas nekad mencuri dan menulis perkataan-perkataan tidak senonoh pada seluar dalam yang dicuri itu.
“Wanita itu kemudiannya menjerit dengan menyebut perkataan ‘pencuri’.
“Lelaki itu juga hampir dipukul oleh penduduk setempat,” kata Sukandar.
Suspek pada awalnya cuba melarikan diri, namun ditangkap oleh penduduk yang terdengar jeritan wanita berkenaan.
Join our Telegram Channel