PETALING JAYA – Sambutan orang ramai untuk menyertai kem motivasi dan bina semangat, ceramah dan seminar kendalian Ustaz Ebit Lew semakin mendapat tumpuan di sebalik apa yang berlaku ketika ini ke atas penceramah terkenal itu.
Jurucakap urusetia kem tersebut berkata, ketika ini semua urusan kem motivasi dilakukan secara online ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berkuat kuasa bagi mengekang penularan Covid-19.
“Setakat ini, pendaftaran masih berjalan seperti biasa dan semakin mendapat sambutan. Apa yang berlaku ke atas ustaz seolah-olah tidak memberikan apa-apa kesan pun.
“Ramai yang sayang dengan ustaz dan kita berharap agar apa yang berlaku akan segera berakhir dan segala urusan dapat kembali seperti biasa,” katanya ketika dihubungi.
Baru-baru ini, imej Ebit selaku penceramah terkenal sedikit tercalar apabila terpalit dengan isu bantuan ke Gaza yang didakwa menggunakan cara salah untuk masuk ke Palestin seperti yang dikatakan oleh penyanyi Caprice.
Lebih mengusutkan keadaan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman turut membuat dakwaan yang sama apabila mengeluarkan kenyataan Ebit membayar syarkat Hala untuk ke Gaza.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Video mirip Ebit Lew beraksi tak senonoh atas katil tular
- Polis akan siasat penularan video lucah mirip Ebit Lew
- Kami tak terlibat dengan Ebit Lew, kata wakil Dr Fadzilah Kamsah
- Air mata, kopiah tak boleh selamatkan kamu lagi – Caprice
- Gangguan Seksual: Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman?
- Ini satu fitnah yang sangat kejam – Ebit Lew
- Saya maafkan sesiapa cuba jatuhkan saya – Ebit Lew
- Gangguan seksual: Siasatan ke atas Ebit Lew diteruskan hingga polis puas hati
- PANAS: Polis serbu rumah Ustaz Ebit Lew
- PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice
- Kita tak boleh dedah berapa banyak laporan ke atas Ebit Lew diterima – Polis
- Disebalik dakwaan gangguan seksual, Ebit Lew kekal popular, kem motivasi makin dapat sambutan
Join our Telegram Channel