KUALA LUMPUR – Pertemuan sekumpulan ahli Parlimen UMNO bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanyalah perbincangan mengenai keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, dalam pertemuan yang berakhir kira-kira jam 1.45 pagi Rabu itu juga tiada sebarang peletakan jawatan baharu dimaklumkan.
”Tak ada letak jawatan, yang ada dua tiga orang itu pun belum confirm,” katanya ketika ditanya hasil pertemuan tersebut oleh para wartawan yang menunggu di perkarangan Hotel Seri Pacific sejak jam 10 malam Selasa.
Sementara itu, turut kelihatan beredar meninggalkan hotel tersebut Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang enggan mengulas apabila ditanya tentang pertemuan dengan Naib Presiden UMNO itu.
Beberapa pemimpin lain yang dilihat meninggalkan hotel tersebut termasuk Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Setia dengan UMNO, Menteri tenaga letak jawatan
- UMNO berpihak kepada Agong, tarik sokongan kepada Mahiaddin, Kerajaan PN
- Sekurang-kurangnya 10 MP di belakang Zahid: Muhyiddin kini hilang majoriti
- PAS akan adakan mesyuarat tergempar
- Akan ada lagi menteri UMNO letak jawatan – Ahmad Maslan
- Noraini dijangka ikuti jejak Shamsul, lepas jawatan kabinet
- Muhyiddin masih kekal PM ada 115 sokongan
- TPM, menteri kanan berkumpul di rumah Muhyiddin
- TERKINI: 14 MP UMNO telah tarik sokongan kepada PN, kata sumber
- Harap jumpa Agong esok letak jawatan, jangan bubar Parlimen pulak, Puad nasihat PM
- Ismail Sabri bertemu sekumpulan MP UMNO
- Hanya dua tiga orang letak jawatan, itu pun belum ‘confirm’
Join our Telegram Channel