UMNO berpihak kepada Agong, tarik sokongan kepada Mahiaddin, Kerajaan PN



PETALING JAYA: UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung selama maya hari ini.


Katanya, MT UMNO  sepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin.

Beliau akan mempersembahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan kepada  Muhyiddin  dan Kerajaan PN.

“Saya akan mempersembahkan surat warkah tambahan kepada Baginda,” katanya. – Utusan




Please subscribe





Join our Telegram Channel
Telegram