Majlis Raja-Raja Melayu bersidang pilih PM



PETALING JAYA – Istana Negara menjadi tumpuan ramai hari ini kerana Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu dijangka akan membincangkan tentang pemilihan calon Perdana Menteri ke-9.

Ia susulan semua Ahli Parlimen telah menyerahkan surat akaun bersumpah (SD) kepada Istana Negara mengenai calon Perdana Menteri yang mereka sokong pada 18 Ogos 2021.


Semalam Yang di-Pertuan Agong dilaporkan berkenan menerima menghadap ahli Parlimen dari parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berdasarkan Perlembagaan, Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah akan melantik calon yang berjaya membuktikan sokongan majoriti Ahli Parlimen. – Kosmo



 

Join our Telegram Channel
Telegram