MKT UMNO bermesyuarat malam ini



PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bermesyuarat malam ini yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat di Tingkat 39, Menara Dato’ Onn itu menjadi mesyuarat pertama parti selepas Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan dalam Kabinet, semalam.


Beberapa Ahli Parlimen UMNO turut menganggotai Kabinet PN termasuk Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Timbalan Perdana Menteri.

Petang tadi, Ahmad Zahid menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan pelantikan Perdana Menteri baharu.

Utusan Malaysia difahamkan sesi menghadap itu dipercayai bertujuan bagi mendapatkan pandangan berhubung siapa yang patut menerajui kerajaan baharu. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram