Perlu lapang dada terima kritikan, Menteri Komunikasi ulas isu MB Kedah



CYBERJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan bahawa ahli politik sepatutnya berlapang dada menerima sebarang kritikan daripada orang ramai walaupun kritikan itu tidak menyenangkan.

Bagaimanapun, katanya, kritikan yang dilemparkan itu tidak seharusnya melanggar tatasusila Rukun Negara, sebagai rakyat Malaysia iaitu kesopanan dan kesusilaan.


“Dalam isu mengkritik ahli politik dalam media sosial ini, ahli politik kena terimalah, kerana kadang-kadang kita ada ramai musuh di luar sana tetapi bukan bermakna saya bersetuju cuma perlu ada batasan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan penahanan terhadap beberapa individu yang didakwa menghina Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor menerusi media sosial sebelum ini.


Katanya, ia berbeza jika kenyataan berunsur penghinaan dibuat terhadap Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja memandangkan ia perbuatan yang tidak boleh dikompromi. – Kosmo



Join our Telegram Channel
Telegram