Menjadi seorang pendakwah tak kiralah dalam kepercayaan mana sekalipun, mampu
membawa kemahsyuran kepada seseorang; pendakwah yang hebat mempunyai pesona
disebabkan kemantapan ilmunya, cara penyampaian yang menarik dan pandai
memainkan isu agar mudah untuk didengari.
Namun populariti dan darjat seorang agamawan bukan saja hadir dengan
penghormatan, malahan agamawan juga perlu berdepan dengan bermacam dugaan -
khasnya melibatkan godaan kuasa, pengaruh dan ada kalanya wanita yang
terpesona serta menyimpan perasaan.
Berikut adalah lima pendakwah yang mempunyai reputasi cukup tinggi tetapi
tewas dengan dugaan yang paling kuat membelenggu seorang lelaki; tarikan hawa
nafsu seksual.
1. Nouman Ali Khan
Kita mulakan dengan kisah paling ringan dalam senarai ini. Pasti masyarakat
Muslim seluruh dunia sayu mengetahui skandal berkait Nouman Ali Khan, bukan?
Seorang pendakwah terkenal yang dinamakan antara individu Muslim paling
berpengaruh dunia, akhirnya reputasi beliau yang terbina musnah akibat gejolak
nafsu kuda Nouman sendiri.
Nama beliau mula dikenali sebagai pengasas kepada Bayyinah Institute, video
terbitan mereka kerap kali tular melalui perkongsian netizen di media sosial.
Nouman juga popular kerana penerangannya yang cukup mudah difahami, tidak
meleret dan padat khasnya melibatkan topik hubungan lelaki dan wanita serta
alam perkahwinan.
Bagaimanapun, kegiatan sulit Nouman mula terbongkar selepas pendedahan
dilakukan Omer M. Mozaffar, seorang pensyarah di Loyola University, Chicago.
Omer mendedahkan sendiri pengakuan Nouman yang mengaku kerap kali mengubungi
beberapa kenalan wanita yang cuba digoda dengan taktik jijik.
Nouman pada mulanya menafikan dakwaan yang dikeluarkan tersebut tetapi
akhirnya mengalah. Dia menyifatkan diri tertekan berdepan masalah rumahtangga,
cuba menarik minat wanita untuk dijadikan pengganti isterinya atas niat yang
baik.
Skandalnya mula didedahkan selepas seorang wanita memuatnaik bukti-bukti yang
diterimanya sendiri, memaparkan Nouman dalam keadaan agak memalukan berbanding
statustnya sebagai seorang pendakwah, sendiri berkongsikan gambar-gambar
kurang enak untuk pandangan bukan mahram diselangi mesej-mesej kiriman yang
berbaur seksual.
Pendedahan-pendedahan seterusnya mula menjernihkan apa yang sering dilakukan
Nouman yang gemar menggunakan kedudukannya untuk menggoda wanita serta taktik
menipu wanita yang disasarkan dengan alasan sama - dia dalam proses perceraian
dengan isteri.
Nouman mengaku kelemahannya; terbabas jauh daripada nasihat-nasihat yang
sering diungkapkannya sendiri. Dia kini kembali aktif bersama Bayyinah
Institute menjalankan kerja dakwah, banyak belajar dari kesilapannya.
Tetapi reputasinya yang telah tercalar nyata akan terus membelenggu
kerja-kerja dakwah beliau.
2. Adnan Oktar
Pendakwah dari Turki, Adnan Oktar atau nama penanya Harun Yahya merupakan
individu yang cukup terkenal, mempunyai gerakan dakwah sendiri dinamakan BAV
atau Bilim Arastirma Vakfi yang aktif di Turki.
Menggunakan hujah berasaskan bidang saintifik, Oktar menggabungkan kedua-dua
elemen agama dan sains khasnya kajian evolusi untuk membentuk cabang ilmu yang
mencabar pandangan-pandangan klasik Islam.
Pergerakannya walaupun dianggap mirip sebuah kultus, sukar dibendung ekoran
kemampuannya menjalankan gerakan dakwah menerusi saluran TV kelolaannya serta
terbitan buku yang diedar ke serata dunia.
Walaupun beberapa kali berdepan dakwaan menjalankan ajaran sesat dia juga
gagal disabitkan kesalahan, membolehkan dirinya dibebaskan.
Please subscribe
Sehinggalah siasatan lebih mendalam menemuni bukti untu Oktar disabitkan
kesalahan melakukan jenayah seksual ke atas individu bawah umur, melakukan
jenayah seksual kepada wanita, tuduhan penipuan dan tuduhan rasuah.
Beliau dihukum penjara oleh Mahkamah Turki selama 1,075 tahun. Dua pegawai
kanannya yang bersubahat turut dihukum penjara 211 dan 186 tahun.
Antara kesalahan yang disenaraikan dalam sebutan mahkamah adalah tindakan Adna
merogol beberapa orang wanita ketika mereka masih bawah umur serta memaksa
wanita yang telah disetubuhinya memakan pil perancang bagi mengelakkan
kandungan terhasil, bagi melindungi kegiatannya.
3. Tariq Ramadan
Mempunyai susur galur keturunan yang baik di kalangan masyarakat Islam, apa
yang dilakukan Tariq Ramadan, cucu kepada Hassan al Banna pengasas gerakan
Ikhwanul Muslimin sukar dipercayai.
Seorang ahli akademik yang terkenal reputasinya dalam bidang pengajian agama,
Tariq mula giat menjalankan aktiviti dakwah bersama gerakan Movement of Swiss
Muslim, sehinggalah dia berdepan dakwaan rogol pada tahun 2017 melibatkan dua
wanita.
Laporan berkenaan dua kes itu yang dikatakan berlaku pada tahun 2009 dan 2012,
menyebabkan pihak berkuasa Perancis mula menjalankan siasatan terhadap beliau.
Ekoran pendedahan itu, berapa orang lagi wanita berbeza mula tampil melakukan
dakwaan hampir serupa yang turut melibatkan dakwaan Tariq telah terlibat dalam
kes pencabulan wanita bawah umur.
Beliau ditahan polis Perancis pada bulan Januari 2018, mengakibatkan kempen
untuk membebaskan beliau disertai ramai ahli akademik terkenal dunia
dimulakan, atas hujah penangkapan Tariq berlaku secara tidak sah.
Malangnya, beberapa bukti yang dikemukakan selepas itu memaksa Tariq mengaku
dia memang menjalinkan hubungan dengan mangsa, namun semuanya berlaku secara
suka sama suka dan mendapat persetujuan wanita yang terlibat.
Tariq mengaku tidak bersalah atas
semua tuduhan yang dibacakan, Tariq Ramadan kini dibebaskan dengan ikat jamin sedang berdepan 5 dakwaan
rogol.
Beliau kini aktif
menerbitkan lagu yang mengkritik sistem pentadbiran di Eropah
serta kekal menjalankan kerja dakwah dalam media sosial.
4. Ravi Zacharias
Di antara semua kes berprofil tinggi yang kami senaraikan di sini, nama Ravi
Zacharias mungkin yang paling mahsyur antara semuanya di kalangan penganut
Kristian.
Mendiang telahpun meninggal dunia pada 19 Mei 2020, tetapi siasatan terhadap
salah laku seksualnya sepanjang dia berkhidmat sebagai seorang pendakwah -
baru saja dilaporkan pada bulan Februari tahun 2021. (fail PDF)
Menubuhkan RZIM atau Ravi Zacharias International Ministry, Ravi giat
menjalankan aktiviti dakwah Kristian sebelum berdepan dakwaan pertama,
dilaporkan pada tahun 2017 selepas Ravi didapati cuba menggoda isteri orang
untuk mendapatkan gambar bogel wanita tersebut.
Ravi menafikan semua dakwaan itu.
Bagaimanapun beberapa dakwaan serupa mula kedengaran melibatkan wanita-wanita
berbeza, khasnya pekerja-pekerja spa yang dimiliki Ravi.
Hasil penyiasatan dalaman oleh RZIM sendiri mendapati wujud bukti yang
mensabitkan semua dakwaan ke atas Ravi.
Beliau dilapor bukan saja gemar menggunakan kedudukannya untuk cuba menggoda
wanita, bahkan turut gemar memujuk wanita-wanita untuk menghantar gambar dalam
keadaan mengghairahkan.
Salah seorang mangsanya termasuklah seorang rakyat Malaysia, yang berjaya
dipujuk untuk menghantar video dan gambar tanpa seurat benang pun pada tubuh
selepas lebih 4 bulan Ravi berusaha mendapatkannya.
Selain kesalahan seksual, Ravi juga didapati kerap menyeleweng duit pergerakan
hasil sumbangan orang ramai untuk tujuan peribadi, seperti membayar penginapan
serta membelikan hadiah untuk wanita yang dijadikan sasaran beliau.
Dia bernasib baik tidak perlu berhadapan persepsi orang ramai; meninggal dunia
akibat kanser tulang belakang pada usia 74 tahun.
5. Oliver O'Grady
Nama beliau asing di kalangan masyarakat kita, tetapi jenayah yang beliau
lakukan melayakkan beliau duduk dalam senarai ini. Dia paling teruk.
Seorang paderi gereja Katolik yang dihormati, O'Grady mula berkhidmat sebagai
paderi di California sejak tahun 1971 dan mula menjalankan aktiviti memperkosa
bayi dan kanak-kanak sejak tahun 1976.
Malangnya, hanya dalam tahun 1993 kegiatannya terbongkar. Apa yang sangat
menyedihkan, pihak gereja di mana dia berkhidmat turut melindungi beliau
walaupun telah menjalankan siasatan terhadap perangai aneh O'Grady.
Selepas didapati bersalah merogol dan memperkosa dua orang adik beradik sejak
dua kanak-kanak itu berusia 3 tahun sehinggalah berumur 13 tahun, O'Grady
dihukum penjara 14 tahun. Namun dibebaskan selepas 7 tahun penjara dengan
jaminan parol.
O'Grady mula hidup berpindah randah, kembali ke tanahairnya di Dublin,
Ireland, sebelum cuba hidup di Perancis dan Belanda dengan menggunakan
identiti berbeza.
Dia kemudiannya ditangkap sekali lagi selepas didapati menyimpan pornografi
melibatkan individu bawah umur sebanyak lebih 280 ribu keping, disimpan dalam
cakera keras dan stik USB. Atas kesalahan ini dia dipenjarakan 3 tahun.
Selepas dibebaskan O'Grady kembali ke Ireland namun terpaksa melarikan diri ke
Portugal apabila hidupnya mula menjadi tumpuan.
Tabiat lamanya berulang apabila sekali lagi dia ditahan penguasa Portugal atas
dakwaan menyimpan pornografi kanak-kanak, tetapi dihantar pulang ke Ireland
untuk dibicarakan.
Dia dihukum penjara 22 bulan bermula Oktober tahun 2020. Dia dibebaskan sekali
lagi pada bulan Mei tahun 2021, diharapkan sudah benar-benar pulih daripada
sakit mentalnya. Tidak diketahui adakah dia masih meneruskan tabiat buruknya
itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Video mirip Ebit Lew beraksi tak senonoh atas katil tular
- Polis akan siasat penularan video lucah mirip Ebit Lew
- Kami tak terlibat dengan Ebit Lew, kata wakil Dr Fadzilah Kamsah
- Air mata, kopiah tak boleh selamatkan kamu lagi – Caprice
- Gangguan Seksual: Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman?
- Ini satu fitnah yang sangat kejam – Ebit Lew
- Saya maafkan sesiapa cuba jatuhkan saya – Ebit Lew
- Gangguan seksual: Siasatan ke atas Ebit Lew diteruskan hingga polis puas hati
- PANAS: Polis serbu rumah Ustaz Ebit Lew
- Kita tak boleh dedah berapa banyak laporan ke atas Ebit Lew diterima – Polis
- Mangsa gangguan seksual Ebit Lew sudah dirakam keterangan
Join our Telegram Channel