Guru wanita rogol remaja lelaki sebanyak tiga kali



REEDLEY: Seorang guru yang sudah berkahwin ditangkap setelah didakwa merogol seorang remaja lelaki berusia 14 tahun sebanyak tiga kali semasa sesi home tutor.

The Sun yang memetik Your Central Valley melaporkan, Krystal Jackson, 39, didakwa selepas penyiasatan selama setahun terhadap dakwaan penderaan seksual terhadap seorang remaja di California.


Dia mula bekerja di Mountain View Independent School, Reedley tahun lalu sebelum Pejabat Sheriff Fresno County dan Pasukan Petugas Jenayah Internet California terhadap Kanak-kanak (ICAC) menerima laporan mengenai dakwaan terhadap dirinya.

Bagaimanapun, Sheriff Fresno County, Letnan Brandon Pursell mengesahkan Jackson ditangkap Jumaat lalu dan ditahan dengan jaminan AS$215,000 (RM891,000).

“Kami percaya mangsa selamat dan amat bersyukur, tetapi kami tidak tahu jika ada mangsa lain,” katanya.


Detektif mendakwa Jackson melakukan hubungan seks dengan remaja itu sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang tahun lalu, dan dia akan bertemu dengan pelajar itu untuk sesi belajar seminggu sekali di Dunlap Leadership Academy.

Jackson didakwa dengan empat tuduhan rogol, seks oral, cabul dengan seorang anak, berkomunikasi dengan seorang kanak-kanak untuk melakukan kejahatan dan bertemu untuk tujuan cabul. – Agensi

 

Join our Telegram Channel
Telegram