La... tak sanggup percaya bahawa saya dijadikan alasan PM8 untuk meluluskan
projek ubahsuai dan NAIK TARAF kediaman Seri Perdana.
Ceritanya begini.
Selepas kalah PRU14, saya dan keluarga saya diberikan masa beberapa jam sahaja
untuk meninggalkan Seri Perdana sebab PM7 percaya bahawa ada banyak rahsia
tersimpan di sana.
Pada bulan Ogos 2018 (lampiran), saya tulis surat kepada Jabatan Perdana
Menteri (JPM) untuk diberi kebenaran mengambil balik barang peribadi, hadiah,
cenderamata dan perabot yang dibeli dengan duit sendiri dari Seri Perdana.
Tapi surat saya tidak dibalas.
Pada bulan Ogos 2019 (seperti lampiran), saya sekali lagi ulang surat untuk
permintaan yang sama.
Setelah 14 bulan kemudian pada 21 Oktober 2020, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
baru membalas dan menyatakan mereka bersetuju dengan syarat hanya senarai
barang-barang termasuk perabot yang dapat dibuktikan adalah dibeli oleh saya
dan bukan aset kerajaan dibenarkan.
Senarai tersebut diperiksa dan diluluskan JPM.
Sehubung dengan itu, JPM pun menulis satu lagi surat pada 18 Nov 2020 (tengok
lampiran) kepada saya untuk suruh saya angkat balik barang-barang peribadi
saya SEPERTI DALAM SENARAI MUKTAMAD. Diberi tempoh masa 2 minggu kepada pihak
saya untuk selesaikan pemindahan sebelum 3 Disember 2020.
(Projek naik taraf difahamkan telah diluluskan bulan Januari 2021 dan kerja
fizikal naik taraf bermula bulan Mac 2021)
Masa itu, staff saya pelik kenapa tiba-tiba kita disuruh untuk ambil balik
barang-barang tersebut dengan begitu laju.
Rupa-rupanya seorang pengurus baharu Seri Perdana telah dilantik (yang kami
diberitahu merupakan saudara PM8) dan mereka memberitahu kita bahawa PM8 ada
rancangan untuk menaik taraf Seri Perdana sebab dia mahu pindah ke sana.
(Antara cadangan mereka ialah untuk memperluaskan bahagian dapur sebab mereka
kata ruang dapur sedia ada terlalu kecil)
Itulah cerita sebenarnya.
Kita hanya dibenarkan untuk keluarkan barang-barangan dari senarai muktamad
diluluskan dan diberi JPM. Bukan ikut suka hati kita.
Hanya mereka yang tertipu dengan manifesto bukan kitab PH (ya, ditulis oleh
ketua penerangan PPBM) sahaja yang akan percaya bahawa saya mengambil balik
barang peribadi, perabot dibeli sendiri yang sudah lama serta hadiah diberi
kepada saya memaksa kerajaan PM8 untuk luluskan ubah suai serta naik taraf
kediaman Seri Perdana dengan jumlah RM38.5 juta oleh seorang yang kononnya
tiada niat untuk tinggal di sana.
Habis tu, nak belanja RM38.5 juta untuk apa? Untuk dibiarkan kosong tanpa
sesiapa mahu duduk di sana?
Jangan gunakan saya sebagai alasan sekiranya ianya niat kamu untuk belanja
RM38.5 juta untuk kediaman pada ketika sendiri beritahu Rakyat bahawa kerajaan
tak ada banyak wang lagi untuk bantu Rakyat.
Lagipun, perabot-perabot lama dibeli saya yang JPM arahkan untuk kami
keluarkan dari Seri Perdana masih simpan di warehouse sebab saya masih berpuas
hati dengan perabot saya di rumah saya.
Tak digunakan langsung.
Jika kerajaan ada niat, saya setuju untuk berikan secara percuma kepada
kerajaan.
Hanya perlu berhubung dengan pegawai saya dan datang warehouse untuk pilih.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kos ubah suai Kompleks Seri Perdana RM38.5 juta kerana Muhyiddin terpaksa ganti semula semua perabot yang dicuri Najib, kata Chegubard
- Muhyiddin akui kos RM38.5 juta untuk baiki, ubahsuai Seri Perdana
- Muhyiddin dakwa Najib bawa keluar perabot, candelier dari Sri Perdana
- Najib kantoikan Muhyiddin yang suruh keluarkan perabot sebab nak besarkan dapur Seri Perdana
- Akhirnya terdedah Najib rembat perabot, renovate Seri Perdana RM65 juta hanya fitnah pro PN
Join our Telegram Channel