Dengan mendedahan beberapa gambar keadaan Seri Perdana dengan lantai yang
basah, page pro-PN Otai tuduh saya dan keluarga saya banyak merosakkan Seri
Perdana.
Tapi jelas di sana bahawa ianya tertulis keadaan tersebut berlaku akibat hujan
lebat pada November 2020.
Saya tak tinggal di sana sejak lebih 3 tahun dahulu. Jadi bagaimana pula saya
dikatakan bertanggung jawab atas keadaan dalam gambar-gambar bulan Nov 2020
pulak?
Page itu juga mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan barang-barang yang
dipindah keluar saya.
Jelas kelihatan bahawa hampir kesemuanya adalah kotak-kotak yang tidak besar
untuk simpan cenderahati (ratusan yang saya pernah terima selepas 9 tahun),
hadiah, buku-buku (ya, sesiapa yang pernah lawat di sana saya masa saya PM
tahu bahawa saya ada koleksi buku yang agak besar di mini library sana
masa itu) dan barang-barang sederhana kecil - bukanlah perabot-perabot besar
atau mahal.
Perabot-perabot yang saya pindah pun jelas kelihatan usang dalam gambar-gambar
tersebut.
Lalu page Otai tuduh Seri Perdana seperti berhantu sebab keluarga saya pernah
tinggal di sana.
Lihat posting Otai di
sini.
Walaupun pernah difitnah DAP pada tahun 2010 (akibat salah faham mereka
terhadap bajet 2011) bahawa saya nak renovate Seri Perdana dengan kos
RM65 juta, ini tidak berlaku.
Sekiranya sahih, cerita bahawa "Najib belanja RM65 juta untuk renovate Seri
Perdana" akan diulang-ulang mereka selama bertahun-tahun lamanya tapi ini
tidak berlaku.
Sebaliknya, tuduhan itu terhenti sahaja masa itu.
Jadi, jangan fitnah saya lagi berhubung tohmahan RM65 juta itu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kos ubah suai Kompleks Seri Perdana RM38.5 juta kerana Muhyiddin terpaksa ganti semula semua perabot yang dicuri Najib, kata Chegubard
- Muhyiddin akui kos RM38.5 juta untuk baiki, ubahsuai Seri Perdana
- Muhyiddin dakwa Najib bawa keluar perabot, candelier dari Sri Perdana
- Najib kantoikan Muhyiddin yang suruh keluarkan perabot sebab nak besarkan dapur Seri Perdana
- Akhirnya terdedah Najib rembat perabot, renovate Seri Perdana RM65 juta hanya fitnah pro PN
Join our Telegram Channel