Muhyiddin akui kos RM38.5 juta untuk baiki, ubahsuai Seri Perdana



PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menjelaskan RM38.5 juta yang diluluskan di bawah pentadbirannya untuk kerja ke atas Seri Perdana, adalah untuk membaik pulih kerosakan fizikal bangunan itu, bukannya sekadar pengubahsuaian. 

Katanya, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal Seri Perdana yang merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri.


Beliau berkata, kerosakan itu melibatkan kebocoran, sistem pencahayaan lama, keadaan fizikal lantai dan bumbung yang rosak atau usang.

“Kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem perpaipan menyebabkan kerosakan perabot ‘built-in’, lantai kayu, panel dinding dan siling bangunan.


“Selain itu, saya juga dimaklumkan pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga perlu dibaik pulih kerana terlalu usang.

“Menurut pandangan pakar, sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih segera,” katanya dalam kenyataan. – FMT





Join our Telegram Channel
Telegram