Kit ujian kendiri Covid-19 percuma untuk B40



PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada golongan B40.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada masa ini harga siling kit ujian pantas Covid-19 ditetapkan pada RM19.90 untuk jualan runcit dan RM16 bagi harga borong.


"Kami juga bercadang untuk membuat pembelian pukal agar harganya dapat dijual lebih rendah," ciapnya menerusi Twitter pada Khamis.

Sebelum ini, kit ujian kendiri dijual pada harga RM39.90 seunit dan ia dilihat membebankan pengguna.

Bagaimanapun, harga siling yang baharu ditetapkan akan berkuat kuasa mulai Ahad ini. – Sinar

 

Join our Telegram Channel
Telegram