TERKINI: Osman Sapian dikejarkan ke hospital



JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Besar Johor Osman Sapian sedang menjalani rawatan selepas dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan abang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu, Aziz Sapian ketika dihubungi FMT.


“Malam tadi (Osman dimasukkan ke hospital). Mula-mula di JB (Johor Bahru), kini dipindahkan ke KL (Kuala Lumpur),” katanya.

FMT masih menunggu maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai keadaan Osman daripada keluarga beliau.


Osman yang berusia 70 tahun mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-16 pada Mei 2018 sebelum meletak jawatan pada April 2019. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram