#PRNMelaka: Mengundi 20 Nov, tempoh kempen 12 hari



BANDAR MELAKA 18 Okt – Melaka akan mengundi pada 20 November untuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November, kata Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).


Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata hari mengundi awal adalah pada 16 November.

Seramai 495,196 pengundi layak mengundi berdasarkan senarai pengundi yang dikemaskini pada 3 Oktober 2021.


Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu apabila empat wakil rakyat, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, Datuk Seri Utama Idris Haron mengisytiharkan menarik sokongan terhadap parti kerajaan.

Ini adalah pertama kali sebuah negeri di semenanjung Malaysia mengadakan PRN bersendirian dan bukan semasa Pilihan Raya Umum. – MHI



Join our Telegram Channel
Telegram