Ulama PAS sepatutnya tabayyun, tak benar saya cakap macam tu, Asyraf jawab Mokhtar Senik



Saya menghormati saudara saya yang juga Anggota Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat Al-Fadhil Ustaz Mokhtar Senik.

Namun, dalam komentarnya di FB Page beliau yang turut dilapor oleh Malaysiakini dan beberapa portal berita lain; seharusnya sebagai seorang Ulamak, wajar semak dahulu (tabayyun) samaada benarkah saya pernah mengeluarkan kenyataan yang kononnya memaparkan berita “60 tahun UMNO bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf”.


Mana mungkin saya keluarkan kenyataan berbaur bongkak yang faktanya pun tidak betul kerana UMNO TIDAK PERNAH BERTANDING SENDIRI selama lebih 60 tahun.

Seawal Pilihanraya Umum Tanah Melayu yang pertama pada 1955, UMNO bergabung dengan pelbagai parti lain membentuk gabungan yang dikenali sebagai PARTI PERIKATAN sehinggalah pada 1973 apabila BARISAN NASIONAL ditubuhkan dengan tambahan gabungan parti-parti lain termasuk PAS menggatikan PERIKATAN. 


Sehingga PRU-14 lalu, UMNO masih bertanding bersama dengan pelbagai parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional.

Justeru, adalah tidak benar saya ada mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO biasa bertanding sendirian selama 60 tahun sehingga memperlihatkan seolah-olah kenyataan saya yang bongkak dan sambong sebagaimana yang didakwa.

– Dr Asyraf Wajdi Dusuki


ARTIKEL BERKAITAN:



Join our Telegram Channel
Telegram