Umum mengenali Sharifah Sakinah, pelakon yang sentiasa dipenuhi kontroversi,
terutama sekali dari segi pemakaian yang dikatakan terlampau seksi.
Terbaru Kinah ada memuat naik gambar dirinya yang hanya dilitupi buih sabun di
dalam tab mandi menerusi laman sosial instagramnya.
Menerusi kapsyennya, Sakinah memberitahu bahawa dirinya sudah kembali ke set
untuk berlakon setelah mengambil cuti yang panjang.
Seperti yang disangka, melihat kepada hantaran terbarunya itu netizen menjadi
tergamam dan mereka mula untuk menegur dan menasihati Sakinah agar berpakaian
lebih sopan dan menutup aurat.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kelihatan seperti kurang senang dengan
gambar yang dimuat naik pelakon sensasi itu.
Join our Telegram Channel