Muhyiddin Yassin menolak cabaran sumpah laknat Zahid Hamidi berkaitan dakwaan bahawa presiden Umno membawa timbunan fail dan memintanya campur tangan dalam kes mahkamah.
“Saya takkan sumpah pasal saya tak pernah bohong,” kata Muhyiddin ketika menjawab soalan pemberita di Putrajaya hari ini.
Dalam ceramah di Tangkak, Johor pada 17 Februari lalu, Muhyiddin mendakwa selepas dia dilantik sebagai perdana menteri Zahid menemuinya dengan membawa ‘fail bertimbun’ untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi olehnya.
“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya.
“Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan)," kata Muhyiddin semasa ceramah itu.
Mengulas dakwaan Muhyiddin, Zahid menyatakan kesanggupannya untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan bekas perdana menteri itu.
“Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi perdana menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah.
“Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan," kata Zahid semalam.
Zahid turut mencabar Muhyiddin untuk bersumpah laknat untuk mempertahankan dakwaan yang dibuatnya.
Muhyiddin memberitahu pemberita hari ini bahawa dia telah pun menamakan saksi insiden tersebut, termasuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Azmin Ali.
"Itu hak dia la nak sumpak ke tak sumpah.
"Saya cakap benar, nak cakap pada rakyat tak bohong. Saya dah tunjuk saksi," kata pengerusi PN itu.
Zahid berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah berpuluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, sebuah pertubuhan kebajikan yang diasaskannya.
Dia juga menghadapi 40 pertuduhan rasuah membabitkan lebih RM43 juta bagi Sistem Visa Asing.
Please subscribe
ARTIKEL BERKAITAN:
- Muhyiddin terpaksa tolak cabaran sumpah laknat Zahid
- Kenapa Abah takut untuk bersumpah laknat? – Zahid
- Senarai lengkap calon Barisan Nasional PRN Johor
- Marina Ibrahim calon DAP di Skudai
- Muhyiddin sahkan calon MB Johor bukan dari PAS
- Jangan pilih yang kelentong kita, bau hancing tak hilang lagi – Najib
- Guan Eng: Rundingan PH dengan Pejuang, Warisan gagal, jangan tanya saya, tanya Din
- Hadi yakin ahli UMNO undi PN #PRNJohor
- Melayu gagal sebab rasuah – Dr M
- Layak ke Muhyiddin jadi Penasihat Ekonomi Johor, soal Najib
- Jika Johor menang besar, maknanya BN menang PRU15, kata Najib
- Anwar menyesal percaya Syed Saddiq, Muda
- PAS tanding bebas lawan PN DUN Bukit Pasir #PRNJohor sedia terima tindakan
Join our Telegram Channel