Senarai lengkap calon Barisan Nasional PRN Johor



Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad, dalam ucapannya menjelaskan bahawa senarai calon itu tidak akan menggembirakan semua pihak tetapi menggesa mereka untuk merapatkan saf barisan.

“Ibarat kata pepatah, saya tidak boleh buat telur dadar tanpa pecah telur,” katanya ketika pengumuman calon di Johor Bahru pagi tadi.

Hasni menyifatkan proses rundingan sebagai sukar dan menyatakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berada di Johor untuk mencari jalan penyelesaian dari 10 pagi semalam hingga 3 pagi hari ini.

Walaupun kuota kerusi sebahagian besarnya kekal tidak berubah, terdapat beberapa pertukaran kerusi antara parti komponen.


MIC menyerahkan kerusi Gambir kepada Umno sebagai pertukaran untuk Kemelah.

Umno pula mengambil Pemanis yang sebelum ini ditandingi Gerakan.

Bagi MCA pula, ia menyerahkan kerusi Parit Yaani dan Pulai Sebatang kepada Umno. Sebagai pertukaran, Umno memberi kepada MCA kerusi Puteri Wangsa.

MIC juga menyerahkan Skudai kepada MCA tetapi diberi kerusi Bukit Batu yang sebelum ini ditandingi oleh Gerakan.

Terdapat juga beberapa personaliti menarik yang akan bertanding dalam pilihan raya Johor, termasuk Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi, penyokong tegar bekas perdana menteri Najib Razak.

Najib, yang adalah pengerusi lembaga penasihat BN, hadir di atas pentas semasa pengumuman calon.

Mohd Puad akan bertanding di Rengit. Rengit ialah kerusi DUN dalam kawasan parlimen Batu Pahat, yang Puad pernah menjadi ahli Parlimen dari 2008 sehingga kekalahannya pada 2013.


Satu lagi perkembangan ketara ialah Onn Hafiz Ghazi, cicit Onn Jaafar, yang akan dipindahkan dari Layang-Layang ke Machap.

PKR bersedia untuk meletakkan Maszlee Malik, yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, di Layang-Layang. Maszlee telah disebut-sebut sebagai calon MB sekirangnya pembangkang memenangi PRN Johor.

Onn Hafiz menang Layang-layang dengan majoriti tipis sebanyak 364 undi pada pilihan raya umum lalu. BN juga memenangi Machap dengan majoriti kecil 404 undi pada 2018.

Maszlee kini dijadualkan berdepan dengan Mutalib Rahim yang mewakili Umno / BN di Layang-Layng.

Ismail Mohamed, yang pada pilihan raya umum lalu berada dalam kedudukan janggal selepas bosnya Muhyiddin Yassin dipecat daripada Umno, sekali lagi akan bertanding di Bukit Kepong.

Dia tidak diturunkan pada pilihan raya umum lalu susulan ada yang mempertikaikan mengenai kesetiaannya selepas Muhyiddin menubuhkan Bersatu dan kini mengetuai gabungan Perikatan Nasional. Namun Ismail kemudianya mengambil alih Umno Bahagian Pagoh daripada Muhyiddin.


Ismail berkhidmat sebagai Adun Bukit Kepong dari 2013 hingga 2018. Ia dikenali sebagai Bukit Serampang pada masa itu. Ia adalah kerusi DUN dalam kawasan parlimen Pagoh dengan Muhyiddin sebagai ahli parlimennya.

Hasni, pulz dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Benut.

Pengumuman calon hari ini adalah hanya untuk calon-calon dari Umno dan MIC. Walaupun kerusi yang diperuntukkan kepada MCA diumumkan, namun calon yang akan bertanding tidak dinamakan.

Hasni berkata MCA memerlukan masa untuk memuktamadkan barisan mereka.

“Apabila kami hendak memuktamadkan senarai calon, MCA merasakan mereka perlu memperkukuhkan senarai mereka,” katanya sambil menambah ini bukan disebabkan pertukaran kerusi.

Beliau menambah walaupun parti “rakan BN” tidak akan bertanding atas tiket BN pada pilihan raya ini, mereka tetap akan membantu gabungan itu.


Berikut senarai tersebut:

N1 Buloh Kasap – Zahari Sarip (Umno)

N2 Jementah – MCA

N3 Pemanis – Annuar Manap (Umno)

N4 Kemelah – N Saraswati (MIC)

N5 Tenang – Haslinda Salleh (Umno)

N6 Bekok – MCA

N7 Bukit Kepong – Ismail Mohamad (Umno)

N8 Bukit Pasir – Mohd Fadzli Mohd Salleh (Umno)

N9 Gambir – Shah Rihan Ghani (Umno)

N10 Tangkak – MCA

N11 Serom – Khairin Nisa (Umno)

N12 Bentayan – MCA

N13 Simpang Jeram – Lokman Md Don (Umno)

N14 Bukit Naning – Fuad Tukirin (Umno)

N15 Maharani Nur Fara Samsudin (Umno)

N16 Sungai Balang – Mohd Helmi Abd Latif (Umno)

N17 Semerah – Mohd Fared Mohd Khalid (Umno)

N18 Sri Medan – Zulkurnain Kamisan (Umno)

N19 Yong Peng – MCA

N20 Semarang – Samsolbari Jamali (Umno)

N21 Parit Yaani – Mohd Najib Samuri (Umno)

N22 Parit Raja – Nor Rashidah Ramli (Umno)

N23 Penggaram – MCA

N24 Senggarang – Mohd Yusla Ismail (Umno)

N25 Rengit – Mohd Puad Zarkashi (Umno)

N26 Machap – Onn Hafiz Ghazi (Umno)

N27 Layang-layang – Mutalif Rahim (UMNO)

N28 Mengkibol – MCA

N29 Mahkota – Sharifah Azizah (Umno)

N30 Paloh – MCA

N31 Kahang – R Vidyananthan (MIC)

N32 Endau – YUzaimi Md Yusof (Umno)

N33 Tenggaroh – KK Raven (MIC)

N34 Panti – Hahasrin Hashim (Umno)

N35 Pasir Raja – Rashidah Ismail (Umno)

N36 Sedili – Muszaidi Makmor (Umno)

N37 Johor Lama – Norliza Noh (Umno)

N38 Penawar – Fauziah Misri (Umno)

N39 Tanjung Surat – Syed Sees Abd Rahman (Umno)

N40 Tiram – Azizul Bachok (Umno)

N41 Puteri Wangsa – MCA

N42 Johor Jaya – MCA

N43 Permas – Baharudin Mohd Taib (Umno)

N44 Larkin – Hairi Md Shah (Umno)

N45 Stulang – MCA

N46 Perling – MCA

N47 Kempas – Ramlee Bohani (Umno)

N48 Skudai – MCA

N49 Kota Iskandar – Pandak Ahmad (Umno)

N50 Bukit Permai – Mohd Hafni Shukor (Umno)

N51 Bukit Batu – S Spayyah (MIC)

N52 Senai – MCA

N53 Benut – Hasni Mohammad (Umno)

N54 Pulai Sebatang – Hasrunizah Hassan (Umno)

N55 Pekan Nanas – MCA

N56 Kukup – Jeferidin Atan

– Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram