Ayob Khan turun buang undi #PRNJohor



JOHOR BAHRU – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hadir menunaikan tanggungjawab membuang undi di Pusat Mengundi Awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Bekas Ketua Polis Johor itu merupakan antara 11, 576 pegawai dan anggota polis serta pasangan yang layak untuk membuang undi hari ini.

Beliau tiba di Dewan Dato Onn, IPK Johor kira-kira pukul 9.35 pagi sebelum keluar dari dewan lima minit kemudian.


Hadir mengiringi Pengarah JSJN itu ialah Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dan timbalannya, Datuk Khaw Kok Chin.

Terdahulu, seawal pukul 8 pagi, pegawai dan anggota polis berbaris di Pusat Mengundi Awal di IPK Johor.

Meskipun hujan mencurah membasahi bumi Johor namun tidak menghalang pegawai dan anggota polis menunaikan tanggungjawab membuang undi.


IPK Johor adalah pusat mengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Stulang dengan dua saluran.

Undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor membabitkan 11, 576 pegawai dan anggota polis serta pasangan, manakala 10, 955 pula pegawai dan anggota tentera serta pasangan. – Kosmo

 

Join our Telegram Channel
Telegram