Hasni cadang orang muda pimpin Johor



JOHOR BAHRU: Ketua Barisan Nasional (BN) Johor, Hasni Mohammad mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri itu.

Hasni berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan Johor.

“Demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri Johor,” katanya dalam kenyataan. 


Kenyataan itu menguatkan lagi spekulasi Johor bakal mendapat Menteri Besar baharu.

BN meraih majoriti 2/3, selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabtu lalu.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan Hasni akan terus menjadi Menteri Besar Johor, jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri baharu.

Hasni berjaya mempertahankan kerusi DUN Benut pada PRN Sabtu lalu. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:
 

Join our Telegram Channel
Telegram