SAH: Onn Hafiz MB Johor ke-19 (15 gambar)



JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Onn Hafiz Ghazi sebentar tadi mengangkat sumpah sebagai sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Majlis angkat sumpah Menteri Besar itu diadakan di Istana Bukit Serene di sini.

Onn Hafiz, 44, adalah cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar dan jika dilantik sebagai Menteri Besar ke-19, beliau mengulangi sejarah moyangnya itu yang memegang jawatan sama selepas dilantik pada 1 Jun 1947.


Beliau adalah muka baharu yang dilantik ke barisan EXCO Makmur Johor, selepas Hasni dilantik sebagai Menteri Besar ke-18 pada 28 Februari 2020.

Onn Hafiz memegang portfolio Pelancongan, Belia dan Sukan selain aktif dalam advokasi orang muda termasuk menerusi pertubuhan bukan kerajaan Southern Volunteers, yang ditubuhkan hasil visi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau juga anak saudara kepada Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Kanan Pertahanan. – SuaraTV




























Join our Telegram Channel
Telegram