Lelaki meninggal sejak seminggu lalu, bau busuk baru tahu



Kuala Lumpur: Mayat lelaki warga asing dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lalu ditemukan di sebuah rumah di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, polis menerima makluman berhubung kejadian pada 1.32 tengah hari.


"Polis menerima laporan daripada pengawal keselamatan apartmen mendakwa bau busuk dari rumah berkenaan.

"Pasukan Kereta Peronda Polis (MPV) Setapak diarahkan ke lokasi kejadian.

"Polis bersama bomba berjaya memasuki rumah berkenaan sebelum menemukan lelaki warga asing berusia 50 tahun dipercayai tinggal bersendirian meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, mangsa dianggarkan meninggal dunia kira-kira seminggu dan kematian disahkan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL).


"Unit forensik sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengesahkan tiada unsur-unsur jenayah membabitkan kematian berkenaan.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat mangsa dibawa ke HKL untuk tindakan lanjut," katanya. – Hmetro

 

Join our Telegram Channel
Telegram