Radhi OAG mengaku tak salah pukul bekas isteri



PETALING JAYA: Penyanyi terkenal Radhi OAG mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyerang bekas isterinya dalam kejadian pada 19 April lalu.

Radhi atau nama sebenarnya Radhi Razali membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan majistret Iskandar Zainol.


Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memukul Nur Shahira Ayu Zahiri, 27, di pekarangan rumahnya di Kota Damansara sekitar jam 2.29 petang, pada 19 April lalu.

Radhi, 45, berdepan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wafi Hussein memohon mahkamah mengenakan ikat jamin RM7,000 terhadap Radhi dengan syarat dia tidak menakut-nakutkan saksi.


Bagaimanapun peguamnya, Haziq Aizuddin Subhi meminta jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya perlu menjaga anak dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Julai untuk sebutan. – FMT









Join our Telegram Channel
Telegram