Artis dedah sisi gelap Maharaja Lawak Mega, dakwa ada unsur kroni



Sejak mula ditayangkan pada tahun 2011, rancangan Maharaja Lawak Mega (MLM) sering dinanti-nantikan oleh para penonton untuk menceriakan malam Jumaat.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun belakangan ini kelihatan para peserta MLM adalah orang yang sama sejak edisi yang lepas-lepas.

Kadangkala, peserta hanya akan bertukar kumpulan namun masih mengekalkan ahli yang pernah masuk MLM.


Bekas peserta dedah sisi gelap

Bekas naib juara Raja Lawak musim ke-2, Azrul Zaidi ada mendedahkan hal sebenar berkaitan MLM yang tidak diketahui oleh umum.

Bekas ahli kumpulan Cham ini membuat pendedahan berikut selepas ditanya oleh pengikut di TikTok.

Jelas Azrul, dia sendiri pernah menjadi peserta MLM pada tahun 2016. Pada ketika itu, berlaku beberapa isu kurang senang.

Menurut pelawak ini, salah satu puncanya adalah daripada pengarah rancangan yang mula besar kepala dan pilih kasih terhadap pemilihan peserta dan idea yang akan dipersembahkan.

Sambung Azrul, sebenarnya ramai bekas peserta Raja Lawak dari musim pertama sehingga ketujuh mahu mencuba nasib di atas pentas MLM.

Bagaimanapun, mereka langsung tidak diberikan peluang dan hanya mereka yang dipilih oleh pihak produksi akan diberikan peluang.

@azrul_rajalawak Reply to @saifulamirrulmd25 byk lg citer2 dlm MLM yg ramai xtau hehe #fyp #berandatiktok #tiktokmalaysia #foryou ♬ Suspense Music - Harry T

Azrul mendakwa itulah punca sebenar mengapa peserta MLM adalah wajah yang sama sahaja pada setiap tahun.

Idea asal ditolak, namun diterima apabila kumpulan lain guna

Daripada segi tapisan bahan lawak pula, Azrul mendedahkan kadangkala berlaku sikap tidak adil dan pilih kasih oleh pihak produksi terhadap para peserta.

Pada setiap tahun, Azrul berkata akan berlaku masalah pemilihan bahan lawak di mana pihak produksi akan memilih jalan cerita buat para peserta, meskipun mereka sudah mempunyai jalan cerita dan jenaka sendiri.

Lebih mengecewakan, idea sesetengah pelawak akan ditolak mentah-mentah atas faktor kurang menarik.

Namun, ada pula kumpulan lain yang menggunakan idea yang sama tetapi diberikan pelepasan oleh pihak produksi.


Warganet terkejut dengan sisi gelap MLM

Video pendedahan Azrul ini ternyata mengejutkan ramai warganet yang tidak pernah membayangkan rancangan komedi seperti Maharaja Lawak Mega mempunyai sisi gelap yang tersendiri.

Malah, ada juga warganet yang meluahkan rasa bosan dengan persembahan peserta MLM yang cliche dan hanya mengulang konsep jenaka yang sama.

Sebagai contoh, ada yang menganggap kumpulan Rare (Ajak, Ropie dan Ilya) tidak layak untuk masuk ke pentas akhir MLM 2019 kerana sentiasa menggunakan konsep jenaka yang sama iaitu memberi pengajaran di akhir persembahan.

Jelas individu ini, ia terlalu cliche dan hanya bertujuan untuk mencuri markah dari juri.

Adakah MLM masih lagi relevan pada hari ini? – LobakMerah

 

Join our Telegram Channel
Telegram