Hanya ratusan peguam berhimpun bagi menyertai protes terhadap dakwaan kononnya ada cubaan untuk melemahkan badan kehakiman hari ini.
Mereka mula berkumpul seawal jam sembilan pagi di tempat letak kereta Padang Merbok, berhampiran Parlimen, di Kuala Lumpur.
Kebanyakannya mengenakan sut hitam putih dan antara yang dilihat hadir adalah bekas peguam negara Tommy Thomas, bekas presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan, serta Presiden Majlis Peguam Karen Cheah selaku penganjur himpunan.
"Mari kita lihat apa yang berlaku.
"Polis berkata mereka akan memudahkan himpunan. Ketika kita bertemu ketua polis daerah pada Rabu lalu, dia berkata akan memudahkan himpunan," kata Cheah ketika ditemui pemberita.
Polis dilihat berada di sekitar Padang Merbok dan Parlimen, di mana para peserta dijangka mengakhiri perarakan mereka.
Hampir jam sepuluh pagi, pengerusi jawatankuasa Majlis Peguam Roger Chan mula berucap berhubung kepentingan badan kehakiman yang bebas.
Dia juga membangkitkan kehadiran polis dan menegaskan kebebasan berhimpun dan berarak sebagai hak asasi untuk semua.
"Ini hak yang asas. Kita ada tanggungjawab dan mereka (polis) perlu memastikan tanggungjawab ini dilaksanakan secara teratur," katanya.
Chan juga mengumumkan senarai individu yang akan berucap.
Ia menyebabkan Thomas berseloroh: "Kita nak berarak ke tidak? Sudah pukul 10 pagi."
Peguam lain yang turut hadir termasuk Siti Kasim, bekas presiden Badan Peguam Malaysia Hendon Mohamed, serta Haris Ibrahim yang berkerusi roda.
Perarakan ini dibuat susulan siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas satu blog politik membuat beberapa dakwaan terhadapnya. – Mkini
Anggota polis kelihatan bosan mungkin kerana himpunan hambar. |
Bekas Peguam Negara yang membebaskan pengganas juga turut hadir. |
Join our Telegram Channel