Berkereta mewah, kakak Asif dituduh ‘makan’ duit adik



KAKAK bintang YouTube Asif Suhaimi iaitu Nurul Atina Suhaimi menegur tindakan segelintir netizen yang menuduhnya menggunakan duit remaja istimewa itu.

Atina yang juga seorang usahawan tudung itu meluahkan rasa kesal apabila terdapat netizen yang mendakwa dia menggunakan duit adiknya untuk memberi kereta mewah dan menumpang populariti pelakon Drama Spontan itu.


Menurutnya lagi, individu yang membuat tuduhan itu seolah-olah mengenali siapa dirinya.

"Kakak dia ni tumpang populariti adik je, kakak pakai kereta mewah tu makan duit adik dia tu.

"Wahai manusia kau sembang macam kau kenal aku, duit aku pun tak habis makan tiada makna aku tumpang duit adik aku," ujarnya.

Menerusi tinjauan mStar Atina menggunakan kereta jenis BMW berwarna putih.

Dalam pada itu, Atina berkata dia menyekat individu yang meninggalkan komen-komen sedemikian.


Tambahnya lagi, kata-kata negatif seperti itu kadang-kala menggores hatinya, namun menyedari terpaksa berdepan dengan perkara berkenaan.

"Kadang-kadang tak tahan juga dengan mulut orang tapi begitulah lumrah yang terpaksa ditelan," tulisnya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan meminta wanita itu agar mengabaikan kata-kata netizen. –Mstar

 

Join our Telegram Channel
Telegram