Semua orang tahu bahawa Kelantan adalah negeri yang menentang penubuhan
panggung wayang, alasan yang diberikan oleh kerajaan yang memerintah, iaitu
Parti Islam Se Malaysia (PAS), adalah pawagam tempat di mana berlaku maksiat.
Namun sejak filem Mat Kilau keluar, pendirian kerajaan negeri Kelantan
nampaknya mula dipersoal.
Ini selepas tular satu gambar di mana Pemuda PAS terpaksa turun ke Kuala
Lumpur untuk menonton filem yang sudah berjaya mengaut keuntungan jutaan
ringgit ini, lapor MalaysiaKini.
Perangai yang dipaparkan oleh Pemuda PAS ini tidak ubah seperti seorang yang
hipokrit dan cakap tidak serupa bikin, kata netizen.
Ini kerana, di negeri sendiri, rakyat mereka dilarang menonton wayang,
disebabkan takutnya berlaku maksiat. Tetapi Pemuda PAS sendiri bersusah payah
hadir ke Kuala Lumpur untuk menonton filem Mat Kilau di panggung wayang.
Selain Netizen, Ketua Pemuda Amanah Kelantan Hazmi Hassan, pada 24 Jun turut
menempelak PAS kerana tidak tetap pendirian selepas mengajak orang ramai ke
panggung wayang untuk menonton filem terbaru pengarah terkenal Syamsul Yusof.
Menurut Hazmi, PAS seperti keliru dan hilang punca kerana mereka dulu
mengharamkan pembukaan pawagam di Kelantan.
Dalam salah satu hantaran di Facebook, Pemuda PAS tampil menjawab kritikan
mengenai pengharaman pawagam di Kelantan.
Mereka menjelaskan bahawa sekiranya filem yang ditayangkan itu mempunyai
barisan pelakon yang menutup aurat dan penonton yang menjaga batas serta jalan
cerita tersebut tidak menjurus kepada maksiat, ia tidak dianggap haram.
“Kita tak setuju buka panggung wayang dibuka dekat Kelantan, selagi panggung
wayang tu tak selesaikan bab-bab yang kita sebut tadi, bab yang bawa kepada
haram tengok wayang.
“Kalau panggung wayang tu boleh asingkan tempat duduk lelaki perempuan dan
keluarga, boleh set tiada tayangan semasa waktu solat, boleh pastikan cerita
yang ditayang betul-betul patuh syariah, tak ada masalah. Kita pun setuju.
Join our Telegram Channel