Penat jual kentut, wanita beralih jual peluh buah dada, raih RM20,000 sehari (6 gambar)



HARTFORD, Connecticut – Pesohor media sosial dari Connecticut, Amerika Syarikat (AS), Stephanie Matto yang pernah tular menjual kentut, kini beralih menjual peluhnya, lapor laman FirstPost.

Matto memberitahu bahawa sebuah botol yang berisi peluhnya dijual pada harga AS$500 (RM2,197) menerusi klip  video yang memaparkan cara dia mengumpul titisan tersebut dari bahagian dadanya sahaja.

Stephanie Matto raih lebih RM200,000 seminggu dengan menjual kentut.


Menurut laporan, Matto memperoleh sehingga AS$5,000 (RM21,977) setiap hari dengan menjual peluh tersebut di laman webnya. 

Laporan juga mencadangkan bahawa bintang realiti itu mampu mengisi sehingga 10 botol apabila cuaca cukup panas.

Sebelum ini Matto menjana wang dengan menjual kentutnya di dalam botol.


Dai mengambil keputusan untuk berhenti kerana sudah tidak tahan mengikuti diet pemakanan  merangkumi hanya  kacang dan telur.

Kaedah pemakanan itu menyebabkan Matto mengalami sakit dada yang teruk dan mempunyai gas berlebihan dalam badan yang  menyebabkan dia dimasukkan ke hospital. – Agensi









Join our Telegram Channel
Telegram