Stress terlilit hutang, lelaki nekad potong kemaluan



JAKARTA – Seorang lelaki warga emas di Indonesia pada Rabu lalu nekad memotong kemaluannya sendiri menggunakan sebilah parang kerana mempunyai masalah hutang, lapor laman berita Suara.com.

Lelaki bernama Nasrullah berusia 63 tahun itu terpaksa menerima rawatan di pusat kesihatan tempatan akibat kecederaan yang dialami.


Kejadian tersebut dikatakan berlaku di rumah lelaki berkenaan di Desa Wirotho Agung, daerah Tebo, Jambi.

Kenyataan mengenai kes tersebut dilaporkan oleh Ketua polis daerah Rimbo Bujang, Inspektor Cindo Kottama seperti dilaporkan oleh laman berita ungkap.co.id.

“Memang betul, kami mengesyaki perkara tersebut buat sementara waktu ini. Mangsa terpaksa mengambil tindakan demikian kerana murung akibat berhutang,” katanya.

Kejadian itu disedari oleh anak lelaki berkenaan kira-kira pukul 7 pagi (waktu tempatan). Ketika kejadian, anak Nasrullah yang baru sahaja pulang ke rumah terkejut melihat percikan darah di lantai.



“Setelah menyaksikan kejadian tersebut, dia (anak) terus memberitahu ibunya yang berada di kedai,” kata Cindo.

Mereka kemudian membawa Nasrullah ke Pusat Kesihatan Rimbo Bujang untuk mendapatkan rawatan.

“Kami telah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan anggota polis juga melawat Nasrullah di Pusat Kesihatan Rombo Bujang. Keadaannya semakin baik,” katanya. – Agensi

 

Join our Telegram Channel
Telegram