SEORANG bayi lelaki yang dilahirkan oleh pasangan sumbang mahram, meninggal
dunia beberapa jam selepas kelahirannya kerana 'terjejas secara genetik'.
Dilahirkan di Dustlik, Uzbekistan, pada 4 Jun lalu, bayi malang itu dilaporkan
mengalami banyak kecacatan kelahiran kerana ibu bapanya adalah adik-beradik
kandung.
Rakaman yang menyayat hati memaparkan bayi tersebut menangis dalam inkubator
ketika seorang jururawat mengelap kulitnya yang kering dan bersisik di
bahagian bawah badan.
Dia dilahirkan dengan severe congenital ichthyosis serta kecacatan kelahiran
lain yang disifatkan sebagai 'mengancam nyawa', menurut Kementerian Kesihatan
Uzbekistan.
Ichthyosis adalah penyakit kulit yang diwarisi dengan mempunyai ciri-ciri
berwarna merah, kering dan kasar serta bersisik.
Ibu bayi tersebut yang berusia 28 tahun, hamil 35 minggu dan empat hari ketika
dia melahirkan bayi tersebut, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan pada 28
Jun.
Bayi itu adalah anak keduanya, di mana anak pertamanya hasil perkahwinan
dengan suami terdahulu, dilahirkan normal.
Join our Telegram Channel