PANAS: Lagi bukti Nazlan terlibat skandal 1MDB



EDISI KANTOI: LAGI BUKTI NAZLAN TERLIBAT DENGAN SKANDAL 1MDB

MANA MAU LARI? 😎

Sebelum ini beberapa macai PH berkata Hakim Nazlan hanya peguam am/setiausaha syarikat Maybank tetapi tidak berurusan secara langsung mengenai 1MDB walaupun minit mesyuarat lembaga diedarkan menunjukkan Nazlan terlibat.

Tetapi kini, bukti baharu pula muncul (yang sudahpun dikemukakan oleh pasukan peguam DS Najib semalam) yang menunjukkan Nazlan bukan sahaja menyertai mesyuarat lembaga pengarah Maybank yang membincangkan berkenaan 1MDB tetapi sememangnya terlibat dalam gerak kerja secara peribadi dan secara  langsung dalam urusan 1MDB.


Dalam kes ini, Nazlan ditugaskan untuk memastikan 1MDB membayar balik pinjamannya kepada Maybank atau diisytiharkan sebagai memungkiri perjanjian.

Ini bukan sahaja bermakna terdapat percanggahan kepentingan tetapi ia juga bermakna terdapat kemungkinan besar wujudnya sikap berat sebelah (bias) dan rasa kecewa yang sudah terbentuk dalam fikiran Nazlan mengenai apa-apa jua yang berkaitan dengan 1MDB, yang merupakan pemilik SRC.

Dan kita tak lupa: Maybank juga yang menasihati 1MDB untuk menubuhkan SRC dan Maybank telah dibayar RM800K oleh 1MDB bagi tujuan  menubuhkan SRC.







RTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram