Suami isteri maut disyaki dibunuh ahli keluarga



PETALING JAYA: Sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai dibunuh di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Bercham, Ipoh, Perak.

Mayat kedua-dua mangsa berusia lingkungan 40-an itu ditemui di ruang tamu rumah terbabit.


Setakat 11.45 pagi, pasukan polis masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut, menurut Bernama.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Anuar Othman dan Ketua Polis Ipoh, Yahaya Hassan.

FMT telah menghubungi pihak polis untuk mendapat pengesahan dan setakat ini dimaklumkan kes masih dalam siasatan awal. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram