SEORANG lelaki terpaksa dibawa oleh isterinya ke bahagian kecemasan kerana
sembelit dan sakit yang teruk, gara-gara terdapat botol air besar tersumbat
dalam duburnya selama tiga hari.
Lelaki warga Iran itu dikejarkan ke hospital kerana mengalami anoreksia, sakit
perut dan tidak dapat membuang air besar.
Namun menurut laporan kes kilnikal yang diterbitkan oleh Perpustakaan Dalam
Talian Wiley, pesakit berusia 50 tahun itu mempunyai sejarah kemurungan.
Laporan itu menyatakan bahawa lelaki berkenaan tidak kelihatan sakit apabila
pemeriksaan pertama pada Februari, tetapi imbasan ultrasound mengesan
bendasing tersumbat dalam duburnya.
Botol bersaiz 193 milimeter (mm) panjang dan 47mm dan berada 'di kawasan 10mm
dari persimpangan anorektal tanpa sebarang tebukan yang jelas'.
Dia menjalani pembedahan di mana botol tersebut berjaya dikeluarkan tanpa
sebarang kesan 'pecah' atau pendarahan.
"Disebabkan malu dan takut kepada isteri, dia tidak memberikan sebarang
sejarah kehadiran bendasing di bahagian dubur dan lewat tiba di jabatan
kecemasan," menurut laporan itu.
Pesakit yang dirujuk kepada pakar psikiatri, dimasukkan ke hospital selama
lima hari, dan pemeriksaan susulan tidak menunjukkan bukti pendarahan atau
kecederaan.
Join our Telegram Channel