Saya tidak pernah jadi ‘katak’, kata Dr Mahathir



DR Mahathir Mohamad berkata adalah salah untuk melabelkan beliau sebagai katak politik kerana lompat parti, dan berkata beliau sentiasa berpegang pada prinsipnya.

“Saya keluar Umno hanya kerana banyak perkara tidak beretika berlaku di sana, justeru saya menubuhkan Bersatu untuk menerangkan kepada umum apa yang Umno lakukan,” katanya semasa pertemuan dengan penduduk Kampung Baru di Kuala Lumpur malam tadi. – TMI


Setuju dengan Tun M bahawa dia tak pernah lompat ke parti lain.

Tak pernah menjadi katak.

Ketika jawatan presiden UMNO yang dimenangnya dengan tipis dalam pemilihan UMNO tahun 1987 dalam ancaman selepas kemenangan itu dicabar dalam mahkamah atas kewujudan pengundi dari cawangan-cawangan haram, dia tak lompat parti.

Dia tukar sahaja Lord Presiden Mahkamah Persekutuan dan dia biarkan UMNO dibubarkan.

Lepas itu, dia tubuh UMNO baharu dan terus menjawat dengan selamat sebagai presiden.

Bila anak dia tewas sebagai calon naib presiden dalam pemilihan UMNO tahun 2013, dia tinggalkan parti UMNO dan tubuhkan parti PPBM.


Anak dia terus naik pangkat dari calon naib presiden yang kalah untuk menjawat sebagai Timbalan Presiden parti.

Bila dia dikhianat oleh abah kau, dia tinggalkan parti PPBM dan tubuhkan parti Pejuang Tanah Air (PETAI).

Anak dia terus naik pangkat dari Timbalan Presiden untuk menjadi Presiden parti PETAI.

Tak pernah sekalipun Tun M lompat parti dan tidak boleh digelarkan katak.

– Najib Razak



Join our Telegram Channel
Telegram