Zahid disiasat bawah akta hasutan kritik badan kehakiman



Polis mengesahkan menyiasat ucapan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam taklimat khas kepada akar umbi Umno di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

Menurut kenyataan polis, Zahid disiasat  bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan kesalahan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (salah guna rangkaian perkhidmatan).

Siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) atau D5 itu dibuat susulan 12 laporan polis yang diterima.


Zahid dilapor memberi amaran bahawa perbicaraan kes rasuah SRC International melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak bakal dirujuk sebagai contoh perbicaraan tidak adil oleh negara Komanwel.

Katanya, ia antaranya kerana tidak menampilkan saksi utama, iaitu bekas gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

“Apabila watak-watak utama tidak ditampilkan, bukti baharu tidak diterima, dan penangguhan tidak dibenarkan ekoran pertukaran peguam baru, maka wujudlah pelbagai persepsi yang menjurus kepada tanggapan wujudnya perbicaraan yang tidak adil,” katanya. – Bernama





Join our Telegram Channel
Telegram