Sebut saja nama Baby Shima, pasti ramai tahu penyanyi dangdut itu sering
terpalit dengan pelbagai kontroversi panas antaranya tariannya yang sering
menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Baru-baru ini perkongsian Baby Shima menjadi perhatian apabila meluahkan
keinginnannya untuk mempromosikan baju atau seluar dalam keluaran jenama
terkenal dunia iaitu Calvin Klein.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, Shima berkata ada segelintir selebriti
tempatan sudah memperagakan jenama tersebut tetapi dia belum dirisik lagi.
“Hey @calvinklein!! sampai hati tak ambil Shima buat promo seluar dalam dan
baju dalam ni! Bukan apa, ramai artis malaysia dah dapat buat iklan ni!
Cemburu lah tengok komen-komen tempat deorang.
“Ramai yang komen (WAH NICE, SO SEXY DEAR, LIKE IT, NICE SHAPE, U SLAYY,
STUNNING) nak try juga mana tahu dapat komen-komen hebat macam tu,” tulisnya.
Perkongsian Baby Shima itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang
menyifatkan penyanyi itu seolah ‘lapar’ perhatian serta sengaja mengundang
kecaman netizen.
Terdahulu, ramai yang mengecam penampilan Baby Shima ketika berada di
Indonesia yang terlalu ketat sehingga menampakkan perkara tidak sepatutnya. –
rotikaya
ARTIKEL BERKAITAN:
- “Macam pelakon lucah!” – Netizen kecam aksi ghairah Aliff Syukri & Baby Shima
- Tarian itu satu senaman, kata Baby Shima selepas tular aksi ghairah
- “Mesti ramai like daripada unlike” – Baby Shima yakin MV bersama Aliff Syukri bakal disukai ramai
- “Spende kau tu cover la sikit” – Baby Shima ditegur pakai legging terlalu ketat
- Baby Shima nyata hasrat ingin jadi model seluar & baju dalam
Join our Telegram Channel