Cabul Puteri Balqis: Polis rakam kenyataan 4 individu


Polis telah merekodkan kenyataan empat individu berhubung dakwaan pelakon kanak-kanak dirogol bapanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan berkata, kenyataan telah direkodkan daripada mangsa, ibu mangsa, pegawai perubatan dan individu yang terlibat dalam saluran YouTube Bros Gang.

Wan Azlan berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan tidak lama lagi dan diserahkan kepada pihak pendakwa raya.


Seorang pelakon kanak-kanak dalam temu bual di Youtube minggu lalu mendakwa dia berulang kali didera secara seksual oleh bapanya.

Menurut kenyataan Wan Azlan sebelum ini, pelakon kanak-kanak itu mendakwa penderaan itu berlaku antara 2013 dan 2017 - ketika dia berusia seawal enam tahun.

Pengadu mendakwa penderaan itu berlaku semasa ketiadaan ibunya. – Mkini






Join our Telegram Channel
Telegram