PETALING JAYA: Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyifatkan denda lebih RM1 bilion terhadap Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor bagaikan “hukuman mati” untuk keluarga mereka.
Puad Zarkashi berkata denda berkenaan tanpa belas ihsan dan bukan saja akan memiskinkan keluarga itu malah mereka pasti tidak akan mampu untuk “bernafas”.
“Itu belum lagi kes denda LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sebanyak RM1.7 bilion (untuk Najib dan anaknya Nazifuddin),” katanya.
Semalam, peguam Rosmah Jagjit Singh mengkritik denda RM970 juta terhadap anak guamnya sebagai sesuatu yang “tidak pernah berlaku sebelum ini”.
Rosmah didapati bersalah bagi rasuah berkaitan projek tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion. Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap beliau.
Minggu lepas, Najib telah disahkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta berkaitan kes SRC International oleh Mahkamah Persekutuan.
Beliau sebelum ini didakwa atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram berkaitan RM42 juta dana milik SRC International.
Bagaimanapun, Puad berkata beliau yakin Najib, Rosmah dan anak-anak mereka akan terus “tabah berjuang untuk mencari keadilan”.
“Najib, Rosmah dan keluarganya tahu rakyat tetap bersama mereka. Najib tidak akan terperangkap untuk menghasut rakyat melakukan rusuhan seperti orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Selepas Najib, draf pengkhakiman Rosmah pula tular
- Tidak mengapa jika tiada siapa yang menghargai – Najib
- Rosmah didapati bersalah tuduhan rasuah projek solar
- Rosmah menangis, tetap mengaku tak salah
- Saya berserah kepada Allah SWT – Rosmah
- Rosmah dipenjara 10 tahun, denda RM970 juta
- Mahkamah benarkan penangguhan sementara tunggu rayuan
- Adakah denda RM970 juta adil buat Rosmah, soal peguam
- Denda melampau umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib, kata Puad
Join our Telegram Channel