Mahkamah benarkan penangguhan sementara tunggu rayuan



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap Rosmah Mansor selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun jika gagal membayar denda tersebut.


Zaini bagaimanapun membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Rosmah yang hadir dengan memakai baju kurung berselendang kuning kelihatan menangis teresak-esak ketika berucap di mahkamah, sejurus sabitan dibaca di hadapannya.

[Berita penuh menyusul]



Join our Telegram Channel
Telegram