Kalau Zahid tak mewakili UMNO maknanya Hadi pun tak mewakili PAS la… – Isham Jalil



Tadi Haji Hadi kata kenyataan DS Zahid Hamidi tidak mewakili UMNO. 

Tuan Guru Haji Hadi, saya cuma nak kata kamu tidak perlu hina dia sebegitu rupa. DS Zahid itu Presiden UMNO, dia telah menang pemilihan jawatan tertinggi UMNO dengan dipilih oleh majoriti perwakilan UMNO, maknanya dia adalah orang yang mendapat mandat tertinggi untuk mewakili UMNO untuk bersuara dan untuk membuat keputusan parti. Ini basic dalam sistem demokrasi.

Bila kamu hina dia, bermakna kamu juga hina majoriti ahli UMNO yang undi dan pilih dia sebagai Presiden. 

Kamu pula menang tanpa bertanding, entah dapat mandat ataupun tidak, wallahualam. Orang yang lawan kamu, kamu cantas dan buang.


Islam tidak ajar buat perkara begini. Islam lebih terbuka untuk menerima kritikan, seperti dalam sirah dan sunnah Rasulullah SAW. Bukan hina orang dan gelar orang dengan nama binatang, itik dan sebagainya atau label itu dan ini.

Sebagai seorang yang digelar ulama’, saya pasti tuan guru tahu akan hal ini.

Dulu memang kami ingin MN, tetapi selepas itu tidak sampai setahun kamu pergi bekerjasama dengan pengkhianat UMNO dan paksa kami terima pengkhianat dan beri mereka kerusi sebagai syarat untuk kerjasama MN.

Bagaimana akar umbi UMNO mahu percaya kamu lagi? Kamulah yang mengkhianati MN.

Kini UMNO telah buat keputusan akan pergi solo dalam pilihanraya tanpa MN. Rata-rata akar umbi UMNO telah bersetuju. Lihat sahaja dalam perhimpunan UMNO baru-baru ini.


Presiden telah mendapat mandat akar umbi supaya pilihanraya tidak ditangguh dan BN pergi solo, dan menolak kerjasama dengan pengkhianat.

Kamu pula ingin pikul pengkhianat dan masih mahu paksa UMNO terima pengkhianat. Kami tidak akan ikut kemahuan serakah kamu. 

Kalau ikut logik tuan guru ini, kamu pun tidak boleh cakap mewakili PAS. Kalau Zahid tidak boleh cakap mewakili UMNO, kamu mahu siapa yang boleh cakap mewakili UMNO?

Usah berdamping dengan pengkhianat, dan kembalilah ke jalan yang lurus. 

Ikhlas dan salam. 
ISHAM JALIL
3 September 2022




Join our Telegram Channel
Telegram