Kantoi bohong, Umno Kedah nafi dijemput ke muktamar PAS



Menjawab Kenyataan Setiausaha Agung PAS

Seperti yang dilaporkan oleh media, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa kononnya pihak PAS telah menjemput kepimpinan UMNO, termasuk UMNO Kedah, untuk hadir ke Majlis Muktamar Tahunan PAS 2022 yang ke-68, tetapi menurutnya tiada respon.

Kenyataan ini sebenarnya adalah tidak benar dan dikhuatiri akan mengelirukan pembaca di luar sana. 


Untuk makluman semua, pihak UMNO Negeri Kedah ingin menegaskan bahawa tiada sebarang undangan mahupun jemputan yang diterima daripada pihak Setiausaha Agung PAS Pusat mahupun mana-mana wakil PAS sepertimana yang didakwa oleh Setiausaha Agung PAS untuk menghadiri Majlis Muktamar Tahunan PAS yang ke-68 yang baru berlangsung baru-baru ini.

Adalah penting bagi pihak UMNO Negeri Kedah untuk menjelaskan bahawa situasi ini dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk yang tidak diingini wujud kelak.

UMNO Negeri Kedah juga ingin menzahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan tidak benar yang dikeluarkan oleh pihak Setiausaha Agung PAS Pusat tersebut.


Semoga penjelasan ini dapat mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul kelak di kalangan para pembaca.

Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah



Join our Telegram Channel
Telegram