PU Azman tidak muncul program setiap jumaat di Suria FM



Kuala Lumpur: Selepas lebih tiga tahun segmen kerohanian kendalian pendakwah bebas, PU Azman iaitu Cik Man Nak Cakap bersiaran di stesen radio Suria FM, kini segmen itu dilaporkan sudah 'bertukar tangan'. 

Difahamkan, segmen kerohanian yang dibawakan setiap Jumaat itu kini menampilkan segmen bersama Ustazah Asni Mansor dalam program Morning Morning Suria kendalian Ajak, Shuib dan Suraya.

Segmen bersama Ustazah Asni Mansor itu bakal bersiaran esok selama satu jam bermula 8 pagi hingga 9 pagi.


Penggantian segmen itu bagaimanapun masih menjadi tanda tanya kerana pembabitan Azman sudah sebati dengan  stesen radio berkenaan yang cukup mengiburkan hati pendengar.

Malah, segmen Cik Man Nak Cakap itu turut berjaya memberi pencerahan kepada setiap persoalan yang dibangkitkan pendengar setiap minggu.

Sementara itu, cubaam Harian Metro menghubungi Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin bagi mendapatkan komen setakat ini tidak berjaya. – Hmetro




Join our Telegram Channel
Telegram