DUN Perak bubar hari ini



PETALING JAYA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenan pembubaran DUN negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Perak menjadi negeri ketiga ditadbir Barisan Nasional (BN) yang membubarkan DUN bagi memberi laluan pilihan raya negeri (PRN) diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Jumaat lepas, Pahang dan Perlis mengumumkan pembubaran DUN.


Ismail Sabri Yaakob pada 10 Okt mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing susulan pembubaran Parlimen, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak membubarkan DUN di tiga negeri ditadbirnya, iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, untuk memberi tumpuan kepada persiapan banjir.

PAS juga menetapkan untuk tidak membubarkan DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah. – FMT


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram