DAP tidak mempunyai polisi mewajibkan calon-calonnya yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk melakukan pengisytiharan harta, kata Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke.
Beliau berkata wakil DAP hanya perlu berbuat demikian jika mereka dilantik sebagai menteri Kabinet.
"Kami tidak mempunyai polisi sebegitu. Jika kami dilantik sebagai kerajaan dan dilantik sebagai menteri Kabinet, pastinya kami akan mengisytiharkan aset seperti yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya.
Sebahagian besar daripada 72 calon PKR yang merupakan rakan kerjasama DAP dalam Pakatan Harapan (PH), telah membuat pengisytiharan aset mereka sebagai syarat untuk bertanding pada PRU15.
Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengesahkan telah melakukan pengisytiharan harta dengan memiliki aset bersih bernilai sebanyak RM11.17 juta. – Bernama
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel