#PRU15: Tidak ada jaminan undi PAS masuk syurga – Ku Li



GUA MUSANG: Tidak ada jaminan kepada pengundi untuk masuk syurga jika memangkah parti Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau bersimpati dengan pengundi terutamanya golongan tua yang masih lagi terpengaruh dengan ‘hukum’ tiket ke syurga jika memangkah Pas.

"Pas ini sebenarnya bergantung kepada orang yang menyerah kepada takdir.

"Ramai rakyat Kelantan yang tua-tua tu menyerah kepada takdir, dan ditipu oleh pihak pemimpin Pas bahawa apa yang dijanjikan olehnya boleh bawa dia ke syurga.


"Jadi saya rasa tak ke mana jugalah. Saya rasa satu hari anak-anak dia akan beritahu cucu, cukuplah kena tipu dari Pas.

"Pas ini manusia biasa macam orang UMNO juga, macam orang lain juga. Tapi kita tak menipu sedahsyat dialah," ujarnya.

Beberapa hari lalu, tular rakaman video memaparkan Ketua Pemuda Pas Sik, Mohd Shahiful Mhd Nasir dalam ceramah kempennya mengeluarkan hukum sesiapa mengundi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan masuk neraka.

Susulan penyebaran video berdurasi 28 saat itu, beliau menerima kritikan daripada pelbagai pihak dan Mohd Shahiful dalam satu kenyataan memohon maaf serta menarik balik kenyataan itu. – Awani





Join our Telegram Channel
Telegram