Kuala Lumpur: Umno dijangka mempertaruhkan pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) di Parlimen Larut.
Sumber berkata, penceramah itu hadir di Menara Dato' Onn dan menandatangani surat aku janji serta mengambil gambar profil calon bagi mewakili parti itu.
Katanya, pemilihan tokoh agama yang juga pelakon itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan dikatakan sesuai untuk diletakkan sebagai 'underdog' di kawasan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Difahamkan, pemilihan Datuk Ustaz Kazim dibincangkan dalam pertemuan 'top 5' dua hari lalu.
"Senario semasa dari segi sokongan menunjukkan Umno berpotensi merampas kembali Larut yang dimenangi pada PRU-14 lalu.
"Selain itu, faktor dua lagi saudaranya yang juga aktif di dalam politik di Perak, juga diambil kira.
"Apapun, ini (pemilihan Ustaz Kazim) antara elemen kejutan parti sebelum pengumuman rasmi pada malam ini," katanya.
Terdahulu media melaporkan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Datuk Abdullah Che Nawi dan Datuk Khairuddin Aman Razali dikhabarkan akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN).
Selain itu bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Isham Jalil disebut-sebut akan bertanding di Shah Alam menentang bekas Setiausaha Politik Khalid Samad, Azli Yusof di Shah Alam.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Shahidan tutup bilik gerakan Arau, Annuar kata nama kena 'pancung'
- Kalau tak dicalonkan, pilihan banyak, PAS, Bersatu pun parti kerajaan – Annuar Musa
- #PRU15: Shahril Hamdan tanding di Melaka?
- #PRU15: Nik Abduh, Che Abdullah tanding tiket BN?
- #PRU15: Tular senarai nama calon BN Perlis
- #PRU15: Tular senarai nama calon Melaka
- #PRU15: Ustaz Kazim bertanding di Parlimen Larut?
Join our Telegram Channel