SPRM siasat perisytiharan harta Rafizi



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ini berikutan, satu laporan dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung pengisytiharan calon Parlimen Pandan itu.

Satu sumber mengesahkan, SPRM akan mengkaji perkara itu dan siasatan akan dijalankan mengikut aspek-aspek tertentu yang masih dalam penelitian.

Rafizi dalam sidang media semalam dilaporkan berkata beliau tidak akan membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaannya mengenai projek tebatan banjir di Melaka kerana mendakwa hampir semua skandal penyelewengan dan pendedahan yang dilaporkannya kepada polis dan SPRM tidak diambil tindakan.


"Saya sebelum ini membuat banyak laporan kepada polis dan SPRM tetapi semuanya tiada tindakan. Saya berpengalaman lebih 10 tahun dan mendedahkan pelbagai skandal dan akhirnya ia dibawa ke muka pengadilan.

"Tetapi ia (tindakan undang-undang) bukan datang dari polis atau SPRM tetapi pendedahan yang menyebabkan kemarahan rakyat.

"Contohnya kes kapal tempur pesisir (LCS), tidak diambil tindakan walaupun ada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tetapi disebabkan tidak mahu kehilangan undi, seseorang akhirnya di bawa ke muka pengadilan," katanya.




Join our Telegram Channel
Telegram