Umno hanya mahu selamatkan pemimpin mereka, kata Hadi



PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang membidas Umno kerana lebih kepada menyelamatkan pemimpinnya yang diheret ke mahkamah berbanding Perikatan Nasional (PN) mahu menyelamatkan negara.

“Kami mahu menyelamatkan rakyat, tetapi mereka (pemimpin Umno) mahu menyelamatkan diri mereka sendiri,” kata Hadi, sambil menambah bahawa inilah sebabnya Umno memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan parti Islam itu.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran calon PN Kedah bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) malam tadi.


Hadi juga mendakwa, beberapa ahli politik Umno digugurkan sebagai calon kerana tidak bersetuju dengan pemimpin mereka, dan ada juga yang dipecat. 

“Insya-Allah, mereka bersama kita.”

PN bertanding di semua 15 kerusi Parlimen Kedah pada PRU kali ini, dengan sembilan daripadanya adalah calon daripada PAS dan bakinya Bersatu. – FMT

 

Join our Telegram Channel
Telegram